Monday, May 3, 2010

esei~

Saya bernama Fatin Fatihah Binti Shamsul Anuar dilahirkan pada 3 September 1992 di Kajang Specialist Centre, Selangor. Saya merupakan anak yang kedua pasangan Shamsul Anuar Bin Mohamed Yunus dan Rozita Binti Mustafa. Saya mempunyai seorang kakak bernama Fatin Farhanah Binti Shamsul Anuar. Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Maria, Kajang pada tahun 1998 dan menyambung pembelajaran ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor dari tahun 1999 hingga 2004. Saya mendapat keputusan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kemudian, saya ditawarkan ke Sekolah Menengah Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Saya mendapat keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Namun begitu, saya membuat keputusan keluar dari sekolah tersebut dan memasuki Sekolah Teknik Sepang, Selangor (SMTSS) dalam jurusan Kejuruteraan Awam dari tahun 2008 hingga 2009. Hasilnya, saya mendapat 7A 2B 1C dalam Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Hobi saya pada masa lapang ialah melayari internet dan pernah menjadi pengawas sekolah ketika disekolah dahulu.
Asalnya, saya berminat dalam bidang senibina dan bercita-cita menjadi arkitek. Namun begitu, minat saya bertukar sejak mengikuti ceramah oleh pihak MIAT UniKL mengenai kejuruteraan penyelenggaraan kapal terbang di sekolah. Sejak itu, saya ingin masuk ke MIAT UniKL. Selepas keputusan SPM diumumkan, saya memohon untuk memasuki MIAT, tetapi dengan keputusan SPM saya layak ke program Foundation UniKL. Saya berazam ingin mengekalkan gred purata saya 3.5 dan keatas dalam peperiksaan akhir semester supaya saya dapat melanjutkan pembelajaran saya ke luar negara. Jika nasib tidak menyebelahi saya, MIAT UniKL menjadi pilihan saya untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah. Kemudian, saya ingin mengambil lesen jurutera kapal terbang.
Bagi kerjaya pula, saya merancang bekerja di syarikat penerbangan nasional pada mulanya dan menimba seberapa banyak pengalaman. Kemudian, meneruskan kerjaya saya di syarikat penerbangan antarabangsa dengan menggunakan lesen jurutera yang diperoleh dan menimba pengalaman sebanyak mungkin juga. Dengan pengalaman saya peroleh di luar negara, mungkin saya boleh menyumbang kepada kemajuan syarikat penerbangan nasional dari pelbagai aspek. Apabila saya mejangkau 40-an, saya ingin menjadi tenaga pengajar sama ada di universiti mahupun di syarikat penerbangan itu sendiri. Saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya kepada generasi akan datang yang mengganti generasi kini kerana kita sebagai manusia janganlah menjadi manusia yang kedekut ilmu kerana ilmu itu bukanlah milik kita selama-lamanya. Ianya milik Pencipta kita yang satu dan bila-bila sahaja ilmu itu akan hilang dari kita.

No comments:

Post a Comment

THE QUESTION(S)